Search This Blog

Wednesday, 17 October 2012

Bila aku rasa nak pakai baju baru






Assalamualaikum.. bile aku rasa nak pakai baju baru. Bile aku rasa mcm tu jer..aku pasti akan jait baju baru.. hahaha.. baju kurung jer pun cepat ckit. Tapi ok la daripada x der kemahiran langsung.. opsss.. nak kate minat sangat2 utk menjait tu x der la.. tapi boleh la. Nak kate hebat sgt menjait, tu pun x sangat..ilmu ni pun aku dapat dari bonda tercinta. X pegi sekolah mane2 pun. Kekadang ambik ckit2 ilmu daripada orang lain. Boleh la nak lepaskan diri sendiri dan anak- anak. Oppsss. Raye haji dah nak dekat ni. Baju utk raye haji belum pun jait. X boleh la nak merapu banyak2 jadi aku tinggalkan dgn gambar2 ni.....wassalam






Monday, 2 July 2012

Teluk Senangin Part 2

Assalamualaikum... berbalik kepada cerita aku yang lepas (Teluk Senangin Part 1). Boleh dikatakan tempat ni menjadi peberet aku, suamiku & keluargaku. Kenapa? sebabnya kami suke camping dekat situ, bagi suamiku sudah tentulah memancing dan bagi anak-anak sudah semestinya mandi laut.

Budak-budak tu kalau mandi laut bukan main suke lagi. Asyik nak berendam ajer. Kalau tak percaya korang tengok ni......





Yang atas ni gambar lama... mari tengok gambar terbaru...

Ada macam dugong berendam tak?... hehehe






BERSAMBUNG.... PART 3

Saturday, 30 June 2012


Assalamualaikum.. entry kali ni aku malas nak cerita byk. Pernah ker korang tengok budak bergayut macam ni... layan ajer la gambar ni...




siap bisik bisik lagi


goyang goyang kaki




Dia ni sebenarnya bergayut dgn opah dia..... macam2 dia cerita, tak boleh simpan rahsia ..

Thursday, 28 June 2012

Kawasaki ER6N vs Kawasaki Versys

Assalamualaikum.... nak cerita pasal dua-dua kenderaan ni...Suamiku memang bercita-cita nak beli moto tu sejak dari dulu lagi, yang dalam hati dia dulu Kawasaki ER6N. memang menjadi minat dia, pantang terjumpa kat jalan mula la dia berangan.. hahaha... dalam perancangan mungkin dalam hujung tahun ni atau tahun depan dia nak beli moto tu....Tapi tapi

Tapi sekarang ni hati dia dah berubah. Sejak kawan baik dia beli Kawasaki Versys. Hati dan pikiran dia asyik kat moto tu jer. Katanya Kawasaki Versys tu memang sesuai untuk orang yang tinggi macam dia. Memang betul jugak. Kalau nak di bandingkan dua-dua moto tu, memang ER6N tu lebih rendah dari Versys. Aku tak kisah pun yang mana, aku cuma jadi pembonceng ajer. 


vs


Cuma sekarang aku berdoa semoga apa yang dicita-citakan oleh dia tercapai. Kalau dia bahagia aku pun bahagia.. Amin





Wednesday, 27 June 2012

Cubaan Pertama -Kawasaki Versys

Assalamualaikum... selamat pagi..hari ni cubaan pertama aku naik kawasaki Versys pergi kerja.. hehehe.. kesimpulannya memang byk yg kene di tukar..


Pertamanya, helmet aku yg lame ni memang tak leh gune sebabnya tadi pun dah nak terbang ditiup angin. Itu baru bawa dalam 80-90kmj ajer, kalau lebih laju dari tu mesti hilang helmet aku.

yang ni kot.. hahaha

Keduanya, kene helmet yg full, tadi pun aku rasa muka aku senget benget di tiup angin... hahaha mesti buruk kan?

yang ni kot.. pink lagi..hahaha

Ketiganya, kene beli jaket kulit, hahaha yang sesuai dengan aku... (heheheh nanti abg belanjer tau)

Comel tak

baru la terempit

Keempatnya, aku tak leh la lagi pakai baju kurung, macam tak sesuai jer, lagipun moto tu tinggi giler memang terselak habis kalau aku pakai kain....

Kelimanya, tak leh la aku pakai hand bag ala ala datin lagi, kene tukar pakai beg sangkut belakang ataupun beg sekolah,, hahaha..

dan yang paling pentingnyer kene peluk rapat-rapat dan kuat-kuat kalau tak memang tergolek. Mane tak nyer kalau pulas minyak, laju jer pergi.

Kesimpulannya, untuk suamiku, jika anda mahu pakai itu Kawasaki versys tu, anda kene beli kepada isterimu ini serba serbi yang baru. Ada setuju?

Friday, 22 June 2012

Teluk Senangin Part 1

Assalamualaikum.... post kali ni aku nak bercerita tentang tempat ni.... terletak lebih kurang dalam 15-20 minit dari kampung aku.. dulu memang aku selalu pegi tempat ni untuk memancing, tapi sekarang dah kurang sebab aku pun dah jarang balik kampung. Orang panggil tempat ni Teluk Senangin. Ape yang ada dekat sini? Ape lagi, pantai dan perkampungan nelayan. Tempat orang Camping, berkelah, dan selalu juga ada pertandingan memancing. 

Tempat ni terletak antara Pekan Pantai Remis dan Manjung. Kalau sesape nak pegi cari jer signboard Swiss Garden & Spa Damai laut.... atau pun korang cari Kem PLKN Teluk Senangin...Tengok Map ni...



Nak tengok kawasan ni... bawah ni beberapa gambar yang ada dalam simpanan aku...

Pantai

Ada hutan berbukit dekat tepi pantai ni

Ni bila petang 



Sape-sape nak sewa bot pun boleh








abaikan model-model yg sedang berendam tu ek